Thursday, 10 November 2011

peringatan untuk semua ..


LAILAHAILLALLAH

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam mengucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni Tiada Tuhan disembah melainkan Allah, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.


Jom kongsi bersama dan amalkan 11 amalan setiap hari supaya syaitan tidak mengganggu kite... InsyaAllah:-
1. Banyakkan membaca Auzubillahiminasyaitannirajim...
2. Banyakkan Berzikir,Tahmid
3. Membaca 3 qul
4. Membaca ayat kursi waktu tidur
5. Membaca Surah Al-Baqarah
6. Membaca 'laailahaillallahwahdahualasyarikah... ... (sebanyaknya-kalau tak sempat pun 10x setiap lepas solat)
7. Sentiasa dalam keadaan berwuduk
8. Control mata(kawal mata dari melihat perkara maksiat)
9. Bersahabat dengan org beriman
10. Dirikan solat dengan khusyuk
11. Sentiasa buat solat taubat dan bertaubatlah..
"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya Allah kekal, Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" (Al-Ikhlas: 1-4)

p/s: aku pun baru tahu, so mati kita sama-sama sebarkan kayh ;)

cool live drawings !













p/s: kreatif seyh!

iklan - iklan bangunan yang kreatif


Iklan-Iklan Bangunan yang Kreatif Giler~
















p/s: Malaysia biler pulak nak buat kat bangunan KLCC or Menara KL? hehe... ^__^

Sunday, 30 October 2011

Nasihat Sepanjang Zaman

Korang mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! InsyaAllah mungkin dapat mempelajari sesuatu jika korang membacanya, so jom baca!! ;)

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KELAPAN
Percayailah cinta pandang pertama.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:

* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.



p/s: Nasihat yang simple, tapy mempunyai banyak khasiat ;)